Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Kerajaan Jepun dalam menangani isu keselamatan insan pasca bencana Great East Japan Earthquake 2011 (Geje 2011)

Shahrulnizam Sabda, and Ravichandran Moorthy, (2014) Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Kerajaan Jepun dalam menangani isu keselamatan insan pasca bencana Great East Japan Earthquake 2011 (Geje 2011). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 41 (1). pp. 126-157. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
695kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/?cont=a&item=1&id_vol=5...

Abstract

Bencana Great East Japan Earthquake 2011 (GEJE 2011) yang berlaku pada 11 Mac 2011 telah memberi impak terhadap keselamatan insan khususnya di kawasan bencana tersebut dan kepada Jepun secara amnya. Kerajaan Jepun dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sememangnya mempelopori inisiatif keselamatan insan di peringkat antarabangsa namun terdapat pertembungan kepentingan antara dua entiti ini di Jepun semasa GEJE 2011. Artikel ini mengkaji latar belakang bencana dan isu-isu keselamatan insan selepas GEJE 2011 di Jepun. Ianya juga mengkaji peranan NGO dan kerajaan Jepun dalam GEJE 2011 dan menganalisis sejauhmana peranan entiti-entiti ini dalam menangani isu keselamatan insan selepas GEJE 2011. Lima aspek keselamatan insan dikaji iaitu kesihatan, ekonomi, makanan, persekitaran dan politik. Kajian ini mendapati bahawa wujud pertembungan kepentingan di antara kerajaan Jepun dan pihak NGO. Kerajaan Jepun lebih memberi keutamaan kepada kepentingan pembekalan sumber tenaga dari loji janakuasa nuklear untuk pembangunan ekonomi di masa hadapan. Sementara itu, NGO pula bertindak sebaliknya dengan memperjuangkan agar pembangunan loji janakuasa nuklear tidak diteruskan bagi memelihara masyarakat Jepun daripada ancaman terhadap keselamatan insan.

Item Type:Article
Keywords:Keselamatan Insan; Great East Japan Earthquake 2011; Kerajaan Jepun; Pertubuhan Bukan Kerajaan; Tenaga Nuklear
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:8464
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Apr 2015 04:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page