Politik pilihan raya: penolakan terhadap UMNO di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 2013

Mohd Faidz Mohd Zain, and Samsu Adabi Mamat, and Jamaie Hj. Hamil, and Junaidi Awang Besar, (2014) Politik pilihan raya: penolakan terhadap UMNO di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 2013. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 41 (1). pp. 94-125. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
599kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/?cont=a&item=1&id_vol=5...

Abstract

Dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi United Malay National Organisation (UMNO) masih mengekalkan pemerintahan di Malaysia manakala di negeri Kelantan, BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk penggal ke-6 dengan PAS berjaya menguasai majoriti 2/3 kerusi DUN apabila PAS menang 32 kerusi, UMNO 12 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi. Apa yang uniknya dalam setiap pilihan raya di Kelantan, pertembungan antara dua parti politik Melayu ini (UMNO/BN dan PAS) sering kali memperlihatkan persaingan sengit. UMNO terus ditolak oleh rakyat Kelantan terutama di kawasan bandar dan pekan-pekan kecil di Kelantan. Uniknya di luar Kelantan sokongan besar terhadap UMNO/BN adalah pengundi dari luar bandar tetapi sebaliknya di negeri Kelantan. Faktor utama UMNO terus ditolak oleh rakyat Kelantan adalah kepimpinan dan karismatik Tok Guru Nik Aziz disamping kegagalan Gelombang Merah UMNO di Kelantan. Persaingan dua parti ini lebih tertumpu kepada semangat kepartian kerana majoriti rakyat Kelantan berketurunan Melayu dan beragama Islam. Isu perkauman, kenaikan harga barang, isu bekalan air dan isu tanah tidak mempengaruhi secara keseluruhan keputusan pilihan raya di Kelantan tetapi semangat kepartian menjadi faktor utama PAS terus memerintah di Kelantan. Berdasarkan keputusan PRU 2013, keinginan rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan tetap ada tetapi dalam masa yang sama sebahagian besar rakyat masih ingin mengekalkan kepimpinan ulama di Kelantan.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya ; Kelantan ; Melayu ; UMNO ; Ulama ; PAS.
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:8465
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Apr 2015 05:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page