Nasionalisme dan komitmen terhadap integrasi serantau di Indonesia, Malaysia dan Singapura

Guido Benny, (2014) Nasionalisme dan komitmen terhadap integrasi serantau di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 41 (2). pp. 23-49. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
559kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/?cont=a&item=1&id_vol=5...

Abstract

Penulisan ini mengkaji bagaimana sentimen nasionalisme mempengaruhi komitmen awam bagi memprioritaskan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN mahupun ketiga fiturnya – perdagangan bebas, aliran pekerja mahir/professional, dan pelaburan intra-ASEAN. Kajian menggunakan data statistik dari survei opini publik yang dijalankan terhadap 1,256 responden di sebelas bandar di Indonesia, Malaysia dan Singapura pada tahun 2010. Dapatan kajian yang telah diuji dengan menggunakan analisis regresi berganda mendapati beberapa dapatan penting atas hipotesis kajian bahawa terdapat asosiasi positif antara sentimen nasionalisme dan komitmen terhadap AEC dan ketiga-tiga fiturnya. Bagaimanapun, wujud perbezaan dalam dapatan di ketiga-tiga negara ASEAN dan juga isu-isu yang khas pada negara-negara membangun yang berlainan daripada dapatan pada integrasi Eropah. Akhirnya, kajian menunjukkan beberapa cadangan bagi keberjayaan inisiatif dan arahan bagi kajian selanjutnya pada bahagian akhir artikel ini.

Item Type:Article
Keywords:Sentimen nasionalis ; Komitmen integrasi serantau ; Komuniti Ekonomi ASEAN ; regionalisme ekonomi
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:8467
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Apr 2015 07:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page