Peramalan data siri masa aliran sungai di dataran banjir dengan menggunakan pendekatan kalut

Nur Hamiza Adenan, and Mohd Salmi Md Noorani, (2015) Peramalan data siri masa aliran sungai di dataran banjir dengan menggunakan pendekatan kalut. Sains Malaysiana, 44 (3). pp. 463-471. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Bencana banjir boleh menjejaskan kehidupan dan harta benda. Risiko kejadian banjir boleh diminimumkan jika amaran awal dapat dikeluarkan. Di atas inisiatif ini, peramalan aliran sungai harian dijalankan di sebuah stesen aliran sungai di Sungai Muda, Malaysia yang terletak di dataran banjir. Peramalan dengan mengaplikasikan pendekatan kalut melibatkan dua langkah iaitu pembinaan semula ruang fasa dan peramalan. Pembinaan ruang fasa melibatkan satu pemboleh ubah iaitu data aliran sungai yang dibina semula kepada m-dimensi dengan menggunakan nilai optimum dimensi pembenaman daripada kaedah Cao dan variasi nilai dimensi pembenaman untuk pendekatan songsang. Hasil daripada pembinaan ruang fasa ini digunakan untuk meramal aliran sungai dengan menggunakan kaedah peramalan setempat. Hasil kajian menunjukkan data aliran Sungai Muda adalah bertelatah kalut berdasarkan analisis daripada kaedah Cao. Keseluruhan hasil peramalan bagi kedua-dua kaedah dapat memberikan peramalan yang baik berdasarkan pekali korelasi yang tinggi. Namun, kombinasi parameter asas bagi pendekatan songsang memberikan hasil peramalan yang lebih baik. Oleh itu, pendekatan songsang boleh dicadangkan bagi meramal data aliran sungai harian dengan tujuan memberikan maklumat penting mengenai sistem aliran sungai di dataran banjir terutamanya di Sungai Muda.

Item Type:Article
Keywords:Aliran sungai; dataran banjir; data siri masa; pendekatan kalut; peramalan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:8490
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Apr 2015 04:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page