Prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan kewangan di kalangan institusi zakat di Malaysia

Eza Ellanv Abdul Lateff, and Mohd Rizal Patil, and Mohamat Sabri Hassan, (2014) Prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan kewangan di kalangan institusi zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48 (2). pp. 51-60. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2014-2.html

Abstract

Ketidakcekapan agihan institusi zakat adalah antard salah satu punca ydng telah menjejaskan tahap keyakinan masyarakat Islam untukmenjalankan kewajipan membayar zakat kepada institusi zakat. Ketidakcekapan agihan tersebut boleh dilihat melalui lebihan zakat yang tidak diagihkan dan kegagalan institusi zakat mengagihkan zakat kepada kelapanJapan golongan asnaf dan tidak mengikut keutamaan asnaf. Berdasarkan ketidakcekapan agihan tersebut, objekrif kajian dibentukuntuk menilai prestasi agihan institusi zakat di Malaysia. Kajian telah mengkategorikan prestasi kecekapan agihan institusi zakat kepada dua iaitu kecekapan agihan berbentuk kewangan dan bukan kewangan- Data sekunder (laporan tahunan institusi zakat) dan data primer (soalan kaji selidik) telah digunakan untuk mendapatkan data kajian dari tahun 2005 hingga 2010 dan dianalisis menggunakan analisis min. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam prestasi agihan kewangan dan bukan kewangan institusi zakat, walaupun nilai skor kecekapan yang diperolehi tidak konsisten. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (uetts) merupakan institusi zakat yang memperolehi skor terbqik untuk kecekapan agihan kewangan. Manakala Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (u,ur) adalah institusi zakat yang memperolehi skor terbaik untuk kecekapan agihan bukan kewangan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (u,uwr) adalah antara institusi zakat yang mempunyai skor terendah untuk kedua-dua prestasi kecekapan agihan. Kajian mencadangkan melalui pengukuran kecekapan agihan yang dibentuk bagi setiap institusi zakat, institusi yang berkecekapan tinggi boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada institusi zakat lain dalam usaha meningkatkan prestasi agihan institusi zakat di Malaysia secara menyeluruh. Kadar haddul kifayah yang lebih relevan perlu dipandang serius dalam menjamin keadilan terhadap asnafdan prestasi agihan institusi zakat.

Item Type:Article
Keywords:Institusi Zakat; prestasi kecekapan agihan kewangan; prestasi kecekapan agihan bukan kewangan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8512
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2015 03:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page