Hubungan di antara pelaksanaan 5S dan prestasi hijau syarikat pembuatan PKS di Malaysia: satu model konsep

Rahim Jamian, and Mohd Nizam Ab Rahman, and Baba Md Deros, and Mohd Zuhdi Ibrahim, and Nik Zainuddin Nik Ismail, (2014) Hubungan di antara pelaksanaan 5S dan prestasi hijau syarikat pembuatan PKS di Malaysia: satu model konsep. Jurnal Kejuruteraan, 26 . pp. 1-14. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
221kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/issue/view...

Abstract

Disebabkan agenda pelestarian global, faktor alam sekitar kini semakin menjadi keutamaan dalam pelaksanaan amalan pengurusan dan strategi keberdayasaingan. Beberapa sistem pengurusan seperti ISO 9001 dan ISO 14001 mampu meningkatkan prestasi syarikat ke arah mencapai keberdayasaingan pasaran. Namun, bukan semua syarikat mampu melaksanakan amalan ini terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Di sebalik kepentingan sektor pembuatan PKS sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi dan pencemaran alam sekitar dunia, mereka mempunyai kekangan sumber dalam menangani isu alam sekitar. Sebagai alternatif, konsep pengurusan hijau yang memberi penekanan kepada penambahbaikan prestasi hijau, iaitu dalam aspek operasi dan alam sekitar telah diperkenalkan. Dalam konteks ini, amalan 5S merupakan pendekatan yang digunakan secara meluas untuk meningkatkan prestasi syarikat tanpa memerlukan kos pelaburan yang besar. Pelaksanaannya telah berkembang daripada berkonsepkan prestasi operasi kepada prestasi hijau. Namun, kejayaan pelaksanaan 5S bergantung kepada ciri-ciri dan faktor-faktor dalaman syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyiasat sejauh mana konsep 5S digarap sebagai amalan pengurusan hijau di sektor pembuatan PKS Malaysia. Beberapa hipotesis dan model konsep hubungan pelaksanaan 5S dengan prestasi hijau turut dibina. Dalam model konsep yang dicadangkan, beberapa faktor merangkumi perancangan strategik, komitmen dan prosedur pelaksanaan dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan pelaksanaan 5S untuk mencapai prestasi hijau.

Item Type:Article
Keywords:5S; prestasi hijau; perusahaan kecil dan sederhana
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:8519
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2015 06:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page