Kajian pelemahan hujan pada jalur Ku dan Jalur Ka di Malaysia menggunakan data satelit TRMM

Aidawati Mustapha, and Farah Aniza Nazri, and Mandeep Jit Singh, (2014) Kajian pelemahan hujan pada jalur Ku dan Jalur Ka di Malaysia menggunakan data satelit TRMM. Jurnal Kejuruteraan, 26 . pp. 45-54. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
217kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/issue/view...

Abstract

Hujan adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan isyarat pada perambatan gelombang radio pada frekuensi melebihi 10 GHz. Kesan ini lebih teruk di rantau tropika dan khatulistiwa seperti Malaysia yang menghadapi keamatan hujan yang lebih tinggi sepanjang tahun. Jumlah pengumpulan hujan diperolehi daripada satelit Tropical Rainfall Measuring Mission (TRMM) digunakan untuk mendapatkan kadar hujan 1 minit untuk mengira nilai ramalan pelemah hujan di jalur Ku dan jalur Ka bagi Semenanjung Malaysia dalam tempoh 2 tahun (2011-2012) dan di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak yang dipilih secara rawak. Measat 3 digunakan untuk pengukuran praktikal bagi mengira nilai pelemahan hujan tahunan. Kesan peranginan angin monsun serta fenomena La-Nina dan El-Nina terhadap nilai pelemahan hujan turut dikaji. Tempoh yang dikaji dipanjangkan bagi mengkaji fenomena El-Nino dan La-Nina selama lima tahun iaitu pada tahun 2008-2012. Namun kajian ini hanya dapat dikaji di Malaysia Timur kerana kerana kekurangan data Semenanjung Malaysia. Model ITU-R dipilih kerana ia merupakan model pelemahan hujan yang terbaik berdasarkan kajian terdahulu oleh para penyelidik. Hasil daripada kajian ini mendapati kawasan Sabah dan Sarawak mempunyai nilai pelemahan hujan yang lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia walaupun mengalami kadar hujan tahunan yang lebih tinggi. Hasil kajian sangat berguna sebagai garis panduan untuk merekabentuk sistem perhubungan bumi-ke-ruang serta mengkaji keberkesanan komunikasi satelit khususnya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pelemahan hujan; TRMM; satelit; jalur-Ku; hujan 1-min
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:8525
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2015 07:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page