Pembangunan kawalan logik kabur dalam reaktor lapisan terpadat

Ahmad Zuhairi Abdul Ghafar, and Norliza Abd Rahman, and Faezah Esa, (2014) Pembangunan kawalan logik kabur dalam reaktor lapisan terpadat. Jurnal Kejuruteraan, 26 . pp. 55-61. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
267kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm/issue/view...

Abstract

Sistem kawalan logik kabur terhadap model simulasi direka menggunakan perisian Simulink MATLAB R2011a untuk mengawal proses pengisomeran glukosa kepada fruktosa di dalam reaktor lapisan terpadat kitar semula dan reaktor lapisan terpadat tidak kitar semula. Enzim glukosa isomerase pegun digunakan sebagai pemangkin proses disertai pengawalan terhadap pH dan suhu. Persamaan matematik terhadap kadar penghasilan fruktosa, kadar perubahan suhu dan kadar perubahan pH dibentuk dan diterbitkan kepada sebuah model simulasi. Sistem kawalan logik kabur seterusnya dibangunkan untuk mengawal suhu dan pH di dalam reaktor lapisan terpadat. Perbandingan ralat di antara sistem kawalan logik kabur dan kawalan PID dilakukan pada pH malar (pH 8) manakala perbandingan terhadap sistem kawalan ON/OFF dilakukan pada suhu malar (60°C). Sistem kawalan logik kabur didapati menghasilkan ralat yang lebih rendah berbanding sistem kawalan ON/OFF bagi reaktor lapisan terpadat tidak kitar semula dan kitar semula. Keputusan yang sama turut diperoleh apabila perbandingan dilakukan terhadap sistem kawalan PID. Penetapan pH dan suhu pada keadaan optimum adalah penting untuk memastikan proses pengisomeran berlaku dengan berkesan. Oleh itu, penurunan ralat yang diperoleh menunjukkan sistem kawalan logik kabur berpotensi mengawal proses pengisomeran glukosa kepada fruktosa di dalam reaktor lapisan terpadat.

Item Type:Article
Keywords:Pengisomeran; reaktor lapisan terpadat, kawalan logik kabur; kawalan PID; kawalan ON/ OFF
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:8526
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2015 07:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page