Perbandingan Dos Sinaran antara Prosedur Urografi Intravena (IVU) dan Tomografi Berkomputer Helikal Tanpa Kontras (UHCT) Urografi

Akmal Sabarudin, and Kanaga Kumari Chelliah, and Hamzaini Abd. Hamid, (2014) Perbandingan Dos Sinaran antara Prosedur Urografi Intravena (IVU) dan Tomografi Berkomputer Helikal Tanpa Kontras (UHCT) Urografi. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 12 (2). pp. 9-16. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
273kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/572

Abstract

Urografi intravena (IVU) dan tomografi berkomputer helikal tanpa kontras (UHCT) urografi adalah dua prosedur utama yang akan dijalankan semasa penyiasatan radiologi bagi pengesanan urolitiasis (batu karang) pada sistem genitourinari. Dedahan terhadap sinaran radiasi merupakan faktor kebimbangan utama dalam kedua-dua prosedur. Oleh itu, satu kajian perbandingan dos sinaran telah dijalankan antara prosedur IVU dan UHCT urografi di samping menentukan faktor dedahan optimum bagi kedua-dua prosedur tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas fantom antropomorfi k seluruh tubuh mengikut protokol sebenar bagi prosedur UHCT urografi dan penghasilan radiografi bersiri berserta dengan pemberian media berkontras bagi prosedur IVU. Sebanyak tiga parameter dedahan voltan tiub digunakan iaitu 75 kVp, 80 kVp dan 85 kVp bagi prosedur IVU dan 100 kVp, 120 kVp dan 140 kVp bagi prosedur UHCT urografi . Hasil dos sinaran bagi prosedur IVU yang diperolehi adalah 1.40 mSv, 2.10 mSv dan 2.79 mSv bagi 75 kVp, 80 kVp dan 85 kVp. Manakala bagi prosedur UHCT urografi , sebanyak 0.76 mSv, 1.32 mSv dan 1.82 mSv dos sinaran direkodkan bagi 100 kVp, 120 kVp dan 140 kVp. Hasil kualiti imej optimum adalah menggunakan dedahan sebanyak 85 kVp bagi prosedur IVU dan 120 kVp bagi prosedur UHCT urografi . Kesimpulannya, walaupun tidak terdapat perbezaan signifi kan, dos sinaran yang terhasil daripada prosedur IVU adalah kekal lebih tinggi daripada prosedur UHCT urografi .

Item Type:Article
Keywords:Urografi intravena; tomografi berkomputer helikal tanpa kontras urografi ; dos sinaran; kualiti imej
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:8534
Deposited By: Mr. Al-Hapiz
Deposited On:06 May 2015 03:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page