Nurfariha Firdaus, and Ismarulyusda Ishak, and Syarif Husin Lubis, and Nooraisyah Mansoor, and Hidayatul Fathi Othman, and Nihayah Mohammad, and Zariyantey Abdul Hamid, and Nur Zakiah Mohd Saat, and Mohd Jamil Rafaai, and Mohamad Roff Mohd Noor, (2014) Faktor yang Mempengaruhi Paras Kromium dalam Kalangan Petani di Daerah Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 12 (2). pp. 27-31. ISSN 1675-8161
|
PDF
153kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/572
Abstract
Kromium merupakan mineral yang penting dan kofaktor insulin yang memainkan peranan penting sebagai hormon yang membantu dalam regulasi gula dalam darah. Penduduk Kelantan sering dikaitkan dengan pengambilan makanan berasaskan gula. Petani merupakan golongan yang berisiko tinggi kerana pendedahan terhadap pestisid dan pengambilan makanan bergula boleh mempengaruhi paras kromium. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui status paras kromium dalam kalangan petani yang terdedah kepada pestisid dan baja kimia di Kelantan. Kajian ini adalah kajian keratan rentas yang dilakukan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan. Responden adalah seramai 113 petani yang terdedah kepada pestisid atau baja kimia tidak kurang daripada satu tahun. Subjek ditemu bual menggunakan soal selidik pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) yang telah divalidasi untuk informasi berkaitan data demografi k. Sampel kuku dan rambut telah dianalisia dengan menggunakan kaedah pencernaan asid dan Inductively Coupled Plasma Mass Spectroscopy (ICPMS) untuk mendapatkan paras kromium. Hasil kajian menunjukkan 81.4% adalah petani lelaki dan 18.6% adalah perempuan. Paras kromium kuku (125.82 ± 47.81 μg/L) dan rambut (39.63 ± 5.70 μg/L) petani adalah lebih rendah berbanding julat piawai kuku (6200 μg/L) dan rambut (100-2500 μg/L). Tiada perbezaan paras kromium yang signifi kan (p > 0.05) menurut jantina, umur, glukosa darah, tempoh pendedahan pestisid dan pemakanan. Petani yang merokok menunjukkan paras kromium yang lebih rendah (p < 0.05) berbanding petani yang tidak merokok. Kesimpulannya, paras unsur kromium petani di Bachok dan Pasir Puteh adalah rendah berbanding julat normal dan petani harus berhenti merokok kerana merokok akan merendahkan paras kromium.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kromium; petani; pestisid; Kelantan; rambut; kuku |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 8536 |
Deposited By: | Mr. Al-Hapiz |
Deposited On: | 06 May 2015 03:40 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page