Penerapan Saintifik Pribumi Melayu dan Pengetahuan Teknikal dalam Penghasilan Manuskrip Melayu

Ding Choo Ming, (2015) Penerapan Saintifik Pribumi Melayu dan Pengetahuan Teknikal dalam Penghasilan Manuskrip Melayu. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (1). pp. 25-34. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
310kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal

Abstract

Orang pada masa lalu mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk merakamkan sejarah dan idea-idea mereka. Ini juga merupakan pengetahuan mereka dengan menggunakan sains dan teknologi tempatan. Memandangkan maklumat sangat penting untuk terus hidup dan maju, mereka perlu sentiasa meneroka, mencipta, mengumpul dan memperbaiki maklumat yang sudah ada. Untuk menolong mereka mengingat kembali maklumat yang penting itu, mereka perlu menjaga maklumat itu sentiasa “segar” dalam format yang mudah dipindahkan ke format yang lebih baru. Dalam kertas kerja ini, manuskrip Melayu adalah apa sahaja dokumen yang ditulis dengan tangan, maka didapati berbeza dengan dokumen yang dicetak atau diterbitkan semula dalam cara lain, termasuk pendigitalan. Sebelum adanya teknologi percetakan, dokumen Melayu mungkin wujud dalam bentuk kulit pokok, daun palma, kulit binatang, logam, batu dan kertas. Dalam kertas kerja ini, manuskrip Melayu bukan sahaja maklumat tunggal bertulis yang terselamat daripada masa lalu, tetapi juga spesimen tulisan tangan Melayu yang terbaik yang masih diwarisi. Selama beberapa abad ini, bahan-bahan ini adalah sumber rujukan yang bernilai tinggi untuk mengkaji evolusi dan sejarah penulisan Melayu – Jawi dan skrip lain sebelum itu. Kertas kerja ini bukanlah tentang pengembangan sistem tulisan Jawi. Ia adalah tentang aplikasi sains dan teknologi Melayu dalam pembangunan aksesori bertulis Melayu – pen, dakwat dan warna. Ini hanya laporan awal, maka penyelidikan lanjutan amat diperlukan untuk menyelesaikan misteri-misteri yang belum diketahui orang ramai.

Item Type:Article
Keywords:Kerarifan lokal; manuskrip Melayu; peralatan tulis; sains pribumi Melayu; budaya manuskrip
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8545
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:14 May 2015 04:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page