Kamus dan Peranannya dalam Meningkatkan Minat Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa

Nurul Aminah Basharuddin, and Hasnah Mohamad, (2015) Kamus dan Peranannya dalam Meningkatkan Minat Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (1). pp. 79-89. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal

Abstract

Kajian ini berfokus kepada peranan dan pencarian ciri kamus yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa khususnya dari aspek leksikal. Leksikal diertikan sebagai perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, dalam erti kata yang lebih mudah leksikal merupakan kata-kata isi (content word), ertinya kata-kata yang mempunyai makna dan dapat berdiri dengan sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam sesuatu ayat. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesahkan peranan kamus dalam menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dengan penerapan teori Behaviorisme Bertujuan. Objektif berikutnya pula adalah untuk mengenal pasti ciri kamus yang dapat membantu memperkembang kosa kata kanak-kanak. Penekanan pembelajaran bahasa hanya melibatkan penguasaan bahasa pada aspek leksikal sahaja, manakala ciri kamus pula dilihat pada lemma kamus. Penghuraian data akan dilakukan secara kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada 50 responden kanak-kanak berumur 6 tahun. Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan tinjauan, pemerhatian, rakaman dan soal selidik terhadap responden kajian. Soal selidik mencakupi soalan tentang pengetahuan berkaitan kamus serta maklumat berkaitan faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi penguasaan leksikal kanak-kanak. Responden juga diberi ujian kosa kata bagi mengenal pasti ciri kamus. Dapatan kajian membuktikan bahawa kamus merupakan medium yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa, manakala kamus yang mempunyai entri atau lemma yang sesuai didapati berupaya membantu kanak-kanak memperkembang kosa kata.

Item Type:Article
Keywords:Leksikal; kanak-kanak; teori Behaviorisme Bertujuan; kamus
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8550
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:14 May 2015 04:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page