Pembinaan Negara dalam Tikus Rahmat dan perlembagaan persekutuan: suatu kajian perbandingan

Halis Azhan Mohd. Hanafiah, (2013) Pembinaan Negara dalam Tikus Rahmat dan perlembagaan persekutuan: suatu kajian perbandingan. Jurnal Melayu, 11 . pp. 1-13. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
185kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/539

Abstract

Tikus Rahmat ialah sebuah karya sastera satira Melayu yang menceritakan tentang kejayaan sebuah masyarakat tikus membina sebuah negara bernama Tikusia Raya, manakala Perlembagaan Persekutuan ialah sebuah perlembagaan yang diguna pakai di negara Malaysia. Kedua-dua teks ini dibandingkan dengan menggunakan pendekatan keselarian, bertujuan meneliti perkara-perkara yang digemblengkan dalam proses pembinaan “negara”. Sehubungan dengan tujuan kajian, istilah “negara” diberikan takrifan yang menyeluruh. Daripada perspektif sosial, antara perkara yang digemblengkan dalam kedua-dua teks ialah hak asasi, agama/ “kepercayaan” dan bahasa rasmi. Seterusnya, daripada perspektif ekonomi, antara perkara yang digemblengkan dalam kedua-dua teks ialah perbendaharaan dan program pembangunan negara. Akhir sekali, daripada perspektif politik, antara perkara yang digemblengkan dalam kedua-dua teks ialah nama negara, ibu negara, wilayah dan perlembagaan, pilihan raya dan parlimen. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat keselarian dalam hal pembinaan “negara” dalam kedua-dua teks.

Item Type:Article
Keywords:pembinaan negara; perlembagaan; sosial; ekonomi; politik.
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8554
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 May 2015 07:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page