Tanda-tanda ‘malam’ dalam qasidah Imri’ al-Qays dan persepsi pelajar Melayu tentangnya

Nazri Atoh, and Zamri Arifin, (2013) Tanda-tanda ‘malam’ dalam qasidah Imri’ al-Qays dan persepsi pelajar Melayu tentangnya. Jurnal Melayu, 11 . pp. 52-62. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
168kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/539

Abstract

Puisi dalam kesusasteraan Arab merupakan karya yang merujuk kepada satu ungkapan yang mempunyai ‘wazn’ (irama bermeter) dan ‘qafiyah’ (berima) yang mempunyai makna. Keindahan puisi pula terletak pada penyampaiannya yang bertentangan dengan gaya ungkapan seharian. Hal ini terletak pada keupayaan penyair dalam menginterpretasikan khayalannya dalam menyampaikan idea dengan menggunakan kata-kata puitis. Oleh yang demikian, bait-bait puisi Imri’ al-Qays yang berkisar tentang malam dianalisis untuk kajian ini bagi melihat ungkapan yang digunakan dalam menyampaikan maksud penyair kepada khalayak. Pendekatan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis maklumat yang terkandung dalam pelbagai sumber yang berkaitan bait-bait puisi Imri’ al-Qays tentang malam. Pendekatan semiotik pula untuk menganalisis tanda-tanda yang terdapat dalam bait-bait puisi Imri’ al-Qays yang berkisar tentang malam. Analisis teks dijalankan dengan mencari dan menilai tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks dan simbol. Bait-bait puisi Imri’ al-Qays yang berkisar tentang malam ini menggunakan tanda-tanda dalam menyampaikan maksud kegelisahannya dengan malam yang dirasakannya panjang. Beliau menggunakan perkataan-perkataan seperti ‘tirai-tirai yang diturunkan’ dan ‘bintang kejora’ sebagai tanda untuk menggambarkan keadaan malamnya. Pemilihan kata-kata dalam gugusan bait-bait ini dipengaruhi oleh persekitaran padang pasir yang didiami oleh penyair. Hal ini dapat diteliti melalui gambaran penyair tentang malamnya dengan unta betina, juga keadaan bintang yang tidak bergerak dengan khemah yang terikat kukuh. Dalam kajian ini, didapati bahawa kebanyakan pelajar berpendapat bahawa teks tersebut sukar difahami dan perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu semasa P&P. Oleh itu, responden tidak mengetahui tanda-tanda yang digunakan kerana kesukaran untuk memahami teks tersebut. Majoriti responden bersetuju bahawa teks tersebut membantu untuk mengenal penggunaan tatabahasa yang betul, mengenal gaya bahasa retorik dan menambahkan perbendaharaan kata. Kebanyakan responden juga berpendirian bahawa teks tersebut sesuai untuk menjadi bahan pengajaran teks sastera Arab bagi pelajar Melayu.

Item Type:Article
Keywords:puisi Arab; ikon; indeks; simbol; persekitaran
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8557
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 01:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page