Analisis peruntukan orang melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam konteks hubungan etnik

Nazri Muslim, and Jamsari Alias, and Wan Zulkifli Wan Hassan, and Azizi Umar, and Nasruddin Yunos, (2013) Analisis peruntukan orang melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam konteks hubungan etnik. Jurnal Melayu, 11 . pp. 63-78. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
194kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/539

Abstract

Perbincangan artikel ini menjurus kepada peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkaitan orang Melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihan raya. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis kandungan dengan melihat kepada dokumen yang berkaitan dengan perlembagaan. Analisis menunjukkan peruntukan orang Melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5)(f), Perkara 89 dan 90 dan Jadual Ketiga belas tentang persempadanan kawasan pilihan raya. Hal ini menunjukkan kedudukan orang Melayu dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan mempunyai kedudukan istimewa berbanding etnik lain di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Melayu; Perlembagaan Persekutuan; Perkara 153; Tanah Rizab Melayu; etnik
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8558
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 01:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page