Simbol kebesaran daulat, mahkota dan keris dalam Hikayat Hang Tuah

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, and Salinah Ja’afar, (2013) Simbol kebesaran daulat, mahkota dan keris dalam Hikayat Hang Tuah. Jurnal Melayu, 11 . pp. 99-109. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/539

Abstract

Kesultanan Melayu merupakan satu identiti penting bagi masyarakat Melayu tradisional. Taat dan setia kepada raja sudah bertapak kukuh dalam jiwa dan kehidupan seharian mereka. Persepsi kesetiaan masyarakat Melayu tradisional terhadap raja atau sultan jelas dapat dilihat dalam karya-karya sastera tradisional seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, dan lain-lain . Kebanyakan epik atau hikayat menceritakan tentang kebesaran sultan atau raja dan kesetiaan rakyat terhadap raja-raja Melayu. Walaupun terdapat gambaran berkenaan ketidakadilan yang dilakukan oleh raja-raja Melayu, persepsi ketuanan raja dalam masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan daripada amalan kehidupan mereka. Kajian ini berfokus kepada analisis simbol daulat, mahkota dan keris yang dilihat dapat menjadi ikon, simbol dan indeks bagi masyarakat Melayu tradisional dalam persepsi mereka melihat dan berkhidmat kepada raja yang menjadi ketua pentadbiran dan ketua agama yang terkandung dalam teks Hikayat Hang Tuah.

Item Type:Article
Keywords:Kesultanan Melayu; kebesaran sultan; simbol; Hikayat Hang Tuah; identiti
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8560
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 01:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page