Bomoh nombor ekor: satu kajian kes di daerah Pasir Mas Kelantan

Azlina Musa, and Yusmilayati Yunos, (2013) Bomoh nombor ekor: satu kajian kes di daerah Pasir Mas Kelantan. Jurnal Melayu, 11 . pp. 110-122. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
592kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/539

Abstract

Makalah ini menjelaskan aktiviti bomoh “nombor ekor” di daerah Pasir Mas Kelantan yang dipercayai mampu meramal atau menujum sesuatu nombor untuk kegunaan peribadi melalui perantaraan makhluk alam ghaib. Proses meramal nombor dilakukan melalui ritual yang dijalankan oleh seorang bomoh yang menggunakan keris dengan jampi mantera sebagai medium utama. Anehnya nombor-nombor yang diramal oleh bomoh selalunya mengena (tepat dan hampir tepat) dan dapat memberi pulangan lumayan kepada peminat setia nombor ekor. Kemampuan tersebut dipercayai berlaku atas kerjasama makhluk belaan bomoh mahu pun makhluk yang dipuja dalam ritual meminta nombor ekor. Antara tujuan penulisan ini ialah melihat amalan membeli nombor ekor yang masih aktif diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di kawasan kajian dan faktor yang menyebabkan amalan ini berterusan hingga ke hari ini. Justeru itu, data makalah ini diperolehi melalui temubual, pemerhatian lapangan dan dilengkapkan dengan kajian kepustakaan. Beberapa orang bomoh dan penduduk di kawasan kajian ditemubual bagi mendapatkan maklumat secara terperinci. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebilangan penduduk di kawasan kajian masih meneruskan amalan meramal nombor ekor melalui bomoh dan biasanya nombor yang diramal akan menang. Ia semacam suatu amalan yang tidak dapat dipisahkan oleh masyarakat di kawasan tersebut. Sehubungan itu, melalui pendokumentasian kajian ini, ia diharap dapat menambahkan lagi sumber ilmu untuk rujukan dan kegunaan generasi akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Bomoh; nombor ekor; jampi mantera; ramalan; keris
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8561
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 02:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page