Tapak perbezaan asal usul Gerakan Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (nu) di Indonesia

Maman Abdul Majid Binfas, and Mohd Syukri Yeoh Abdullah, and Ahmad Munawar Ismail, (2014) Tapak perbezaan asal usul Gerakan Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (nu) di Indonesia. Jurnal Melayu, 12 (1). pp. 14-31. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
93kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/579

Abstract

Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga disebabkan oleh struktur kepimpinan yang tersusun rapi dan kukuh, bermula dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat pusat (keseluruhan). Gerakan Muhammadiyah mula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Ahmad Dahlan kerana keadaan masyarakat Islam Indonesia pada ketika itu yang mengalami kemunduran dan kebekuan dalam berfikir terutamanya tentang kepercayaan masyarakat yang masih kuat berpegang kepada perkara-perkara tahayul, bidaah, dan khurafat. Manakala Nahdlatul Ulama pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh persatuan Kiyai-Kiyai di Jawa Timur, melalui pelbagai konflik, antaranya berlakunya perbezaan pendapat antara KH. Wahab Chasbullah dengan KH. Mas Mansyur dalam persatuan Taswir al-Afkar atau Nahdlatul Wathan (1916), serta masalah Kongres al-Islam Hindia Timur (1926) yang diadakan oleh Raja Ibn Saud di Mekah. Justeru itu, ia menjadi sangat menarik untuk dikaji terutamanya berkaitan dengan asal usul wujudnya gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama di Indonesia serta perbezaan sejarah antara kedua-dua organisasi tersebut. Walaupun organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama hanyalah organisasi bersifat gerakan sosial keagamaan, namun terdapat perbezaan dalam proses penubuhan gerakannya, yang melibatkan sejarah asal usul gerakan dan penubuhan, karya penulisan dan pekerjaan para pengasasnya, langkah-langkah monumental, faktor-faktor yang menyokong serta institusi pendidikannya. Perbezaan-perbezaan tersebut turut mempengaruhi dinamika gerakan pendidikan masing-masing.

Item Type:Article
Keywords:perbezaan; asal usul; gerakan; Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8564
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 04:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page