Zakir, S.M. (2014) Karya dan kekuasaan pengarang: pemikiran dan gaya naratif mutakhir Anwar Ridhwan. Jurnal Melayu, 12 (1). pp. 70-81. ISSN 1675-7513
|
PDF
63kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/579
Abstract
Menghubungkan teks dengan kekuasaan pengarang yang dirumuskan melalui konsep panopticon, iaitu sebuah konsep yang dikemukakan oleh Michel Foucault berasaskan apa yang pernah dikemukakan oleh Jeremy Bentham. Panopticon yang dikemukakan Bentham sebagai model penguasaan minda ke atas minda yang lain. Foucault menghuraikan panopticon kepada tiga teknik asas kawalan atau penguasaan iaitu pemerhatian hierarkikal, penyederhanaan pengadilan, dan pemeriksaan. Ini diertikan dengan meletakkan objektif, membina makna baru dan pendoktrinan. Hal ini dilihat dalam novel Anwar Ridhwan iaitu Penyeberang Sempadan yang memperlihatkan kekuasaan pengarang dalam membangunkan matlamat penulisan, membina makna baru dan mendoktrinkan kebenaran yang dipercayai oleh pengarang. Penyeberang Sempadan meletakkan Islam sebagai kebenaran di atas segala ideologi ciptaan manusia dan menolak sosialis-komunisme serta demokrasi-kapitalisme sekaligus. Dalam membangunkan sistem tandanya yang tersendiri, Anwar Ridhwan secara tidak langsung menegaskan tentang konsep syak (skeptisme) dalam kebenaran falsafah yang sentiasa berubah dan hidayah (din Illahi) dalam kebenaran Islam yang mutlak sifatnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | panopticon; Anwar Ridhwan; Penyeberang Sempadan; Jeremy Bentham; kesusasteraan Melayu |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 8568 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 May 2015 04:20 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page