Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, (2014) Syair ma‘rifat: mencanai mutiara memperkasa agama. Jurnal Melayu, 13 . pp. 1-17. ISSN 1675-7513
|
PDF
252kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604
Abstract
Syair adalah salah satu genre puisi Melayu, rata-rata paduan antara pantun Melayu dengan ruba’ai Parsi. Pada peringkat awal penciptaannya, syair ini menjadi antara wadah politik-dakwah dalam menyampaikan ajaran-ajaran sufi. Salah satu syair tersebut ialah Syair Ma‘rifat yang dipercayai ditulis Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansūrī. Syair ini menjadi alat politik-dakwah menyampaikan asas-asas panduan kepada seseorang sālik yang ingin menjalani kehidupan kesufian untuk sampai ke puncak iaitu ma‘rifatu’Llāh. Ia juga bermanfaat kepada setiap Muslim yang ingin mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansūrī dalam sejarah Aceh merupakan antara tokoh terpenting yang berkhidmat sebagai qādī malik al-‘qdil (mufti) kepada pemerintah utama Aceh. Kedudukannya yang tinggi dalam sistem politik Aceh memberi kesan besar kepada pemahaman Islam yang dibawanya. Makalah ini membincangkan kebolehan Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansuri menggunakan Syair Ma’rifat sebagai alat politik-dakwah untuk mengungkapkan ajaran Islam. Ternyata beliau berjaya menggunakan puisi untuk mengungkap asas pengetahuan Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | politik dakwah; perumpamaan; ma‘rifat; shahadatayn; Sifat 20 |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 8570 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 May 2015 07:25 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page