Mohd Asri Harun, and Zulkifley Hamid, (2014) Penerapan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu: kajian kes guru cemerlang. Jurnal Melayu, 13 . pp. 18-28. ISSN 1675-7513
|
PDF
169kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti bagaimanakah amalan komunikatif berdasarkan prinsip komunikatif Littlewood telah diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu oleh guru cemerlang. Subjek kajian merupakan seorang guru cemerlang bahasa Melayu sekolah rendah di negeri Terengganu yang berpengalaman selama 25 tahun. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan melakukan pencerapan terhadap pengajaran guru cemerlang. Pengkaji turut melakukan temu bual dan penganalisisan dokumen. Pengkaji menganalisis data cerapan dan dokumen berstruktur menggunakan kod penerangan. Data temu bual pula ditranskripsikan terlebih dahulu sebelum diberi kod penerangan. Hasil kajian menunjukkan guru cemerlang yang dikaji telah mengamalkan kelima-lima prinsip amalan komunikatif dalam perancangan dan pelaksanaan pengajarannya. Kelima-lima prinsip amalan komunikatif tersebut ialah; (1) bahasa dipelajari dalam konteks yang bermakna, (2) bahasa yang digunakan merupakan sebuah teks atau wacana yang merujuk kepada situasi yang sebenar, (3) PdP disesuaikan dengan keperluan dan minat murid, (4) penggunaan bahasa untuk berkomunikasi memerlukan latihan kemahiran komunikatif dan (5) guru berperanan sebagai fasilitator, pengurus, pendorong, dan penasihat. Dapatan juga menunjukkan wujudnya penerapan amalan komunikatif oleh guru cemerlang dalam pengajaran bahasa Melayu dalam ketiga-tiga instrumen kajian yang digunakan. Kajian ini memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya prinsip komunikatif diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu. Penerapan amalan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu akan membolehkan kita merealisasikan matlamat pendidikan bahasa Negara, iaitu membina keterampilan berbahasa dan berkomunikasi dalam kalangan murid.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | amalan komunikatif; guru cemerlang; prinsip amalan komunikatif; kajian kualitatif; keterampilan berbahasa |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 8571 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 May 2015 07:31 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page