Kelangsungan penerbitan majalah berbahasa Melayu di Malaysia-Indonesia: kajian terhadap Massa dan Tempo

Shahrul Nazmi Sannusi, and Hamedi Mohd Adnan, (2014) Kelangsungan penerbitan majalah berbahasa Melayu di Malaysia-Indonesia: kajian terhadap Massa dan Tempo. Jurnal Melayu, 13 . pp. 29-39. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604

Abstract

Industri penerbitan majalah berbahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia berkembang pesat terutamanya selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan juga 1945. Kemunculan isu-isu berkaitan kepentingan negara dan masyarakat ketika itu telah membangkitkan kesedaran tentang keperluan mengadakan bahan bacaan tambahan yang bersifat analitikal dan mendalam. Maka kemunculan majalah Massa dan Tempo di kedua-dua buah negara ini amat dinanti-nantikan. Pun begitu, disebabkan cabaran yang muncul berkaitan ekonomi dan media baharu, industri penerbitan majalah turut sama menerima kesan tempiasnya. Maka, kertas ini akan membincangkan tentang kelangsungan penerbitan “majalah ulasan berita” berbahasa Melayu di kedua-dua buah negara iaitu Massa dan juga Tempo, serta cabaran dan potensi yang berbangkit dalam situasi yang tidak menentu. Kaedah analisis dokumen digunakan terhadap kedua-dua majalah tersebut bagi mendapatkan data untuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan faktor utama kelangsungan majalah ini adalah strategi pemasaran, kekuatan editorial serta penggunaan media baharu dapat membantu penerbit berhadapan dengan situasi pasaran yang mencabar. Justeru, pihak penerbit perlu sentiasa memahami keadaan semasa pembaca bagi memastikan mereka dapat bertahan untuk jangkamasa panjang.

Item Type:Article
Keywords:penerbitan majalah; editorial; edaran; periklanan; Massa; Tempo
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8572
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 07:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page