Permainan bahasa Wittgenstein: kajian leksikal bahasa Melayu dan Indonesia

Ery Eswary, and Rahim Aman, (2014) Permainan bahasa Wittgenstein: kajian leksikal bahasa Melayu dan Indonesia. Jurnal Melayu, 13 . pp. 52-60. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
152kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604

Abstract

Makalah ini memanfaatkan permainan bahasa Wittgenstein bagi melihat aspek leksikal bahasa Melayu dan Indonesia yang berfokus pada penggunaan bahasa dalam menempatkan realiti. Ekspresi leksikal bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai kecenderungan yang berbeza. Ia bergantung pada keunikan bahasa dan latar belakang budaya masyarakatnya, sehingga dapat ditunjukkan bagaimana mereka memandang dunia dengan cara yang berbeza. Sumber data penelitian ini diperoleh daripada penggunaan bahasa seharian, dalam kamus bahasa Melayu dan Indonesia. Hasil analisis memperlihatkan bahawa bahasa Melayu mempunyai kecenderungan mentransformasikan realiti dengan menggunakan analogi dan metafora. Petunjuk ini dapat dilihat dalam penggunaan kata dewan orang ramai dalam bahasa Melayu (BM) = aula dalam bahasa Indonesia (BI), beratur (BM) = antri (BI), kecemasan (BM) = darurat (BI), pemandu (BM) = sopir (BI), pertubuhan (BM)= asosiasi/persatuan (BI). Leksikal yang menggunakan metafora merujuk anggota tubuh badan kaki tangan (BM) = pegawai (BI). Penggunaan frasa yang menganalogi realiti dalam kata nasi himpit (BM) = lontong (BI), temu bual (BM) = tanya jawab (BI), temu duga (BM) = wawancara (BI). Bahasa Melayu pada umumnya menggunakan analogi yang berbentuk kata tunggal atau kata majmuk dan metafora untuk merepresentasikan dan mentransformasikan realiti yang sebenar; sedangkan bahasa Indonesia lebih menitikberatkan leksikal dengan penyesuaian berdasarkan bahasa sumber. Pemilihan leksikal dalam sesebuah masyarakat juga dilatarbelakangi budaya masyarakat berkenaan iaitu bagaimana masyarakat tersebut memandang dunia.

Item Type:Article
Keywords:permainan bahasa; Wittgenstein; leksikal; analogi; metafora
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8574
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 08:06
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page