Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak

Arba’ie Sujud, and Nurul Azimah Abdull Sedik, and Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, and Intan Zahariah Gaisun, (2014) Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal Melayu, 13 . pp. 72-84. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
191kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604

Abstract

Hasil kesusasteraan tidak membawa sebarang pengertian tanpa kehadiran rasa dan emosi di dalamnya khususnya sastera kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan bahan bacaan yang dapat merangsang emosi dan perasaan mereka agar pertumbuhan dan perkembangan emosi mereka seiring dan seimbang dengan perkembangan jasmani, rohani, intelektual dan sosialnya. Bahan bacaan bukan sahaja perlu ada unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan semata-mata, namun emosinya juga penting bagi membangkitkan nilai rasa dan kejiwaan dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Dengan adanya emosi dalam bahan bacaan sastera kanak-kanak yang ditampilkan, jiwa mereka lebih terangsang dan ini menjadikan perkembangan emosi mereka dapat berkembang seiring dengan tahap masing-masing. Tanpa emosi, sesuatu karya yang dihasilkan hambar dan tidak menarik perhatian khalayak khususnya kanak-kanak untuk terus membaca karya tersebut kerana karya yang dihasilkan itu kurang daya gerakan emosi dan membosankan mereka. Justeru, artikel ini akan menganalisis ekspresi emosi kanak-kanak yang dikesan melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak.

Item Type:Article
Keywords:sastera kanak-kanak; perkembangan kanak-kanak; ekspresi; jiwa; emosi
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8576
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2015 08:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page