Bahasa Tugu: bahasa Kreol yang punah

Suratminto, Lilie (2014) Bahasa Tugu: bahasa Kreol yang punah. Jurnal Melayu, 13 . pp. 85-100. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
217kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604

Abstract

Sejak kemerdekaan penutur bahasa Kreol Tugu semakin berkurangan kerana berbagai faktor dan akhirnya pada awal abad 21, bahasa Kreol Tugu benar-benar punah kerana tidak ada lagi penuturnya. Walaupun bahasa Kreol Tugu telah punah tetapi kosa kata bahasa tersebut masih terus digunakan dalam kehidupan sosial budaya masyarakat Potugis di Kampung Tugu, Jakarta Utara. Makalah ini bertujuan membincangkan proses perkembangan bahasa kreol Portugis yang menjadi bahasa Kreol Tugu dan fungsi bahasa tersebut yang kini telah punah. Perbincangan dilakukan berasaskan kepada senarai kosa kata bahasa Kreol Tugu yang pernah dikumpulkan pada tahun 2004 dan 2014. Kosa kata ini akan dibincangkan menggunakan pendekatan Gobard (1976) yang menyatakan bahasa mempunyai empat kemungkinan fungsi, iaitu fungsi vernacular, vehicular, referensi kultural fungsi mitis. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengguna bahasa ini semakin berkurangan secara perlahan dan akhirnya bahasa Kreol Tugu mengalami kepunahan kerana tidak ada lagi penutur yang menuturkan bahasa tersebut. Walaupun bahasa Kreol Tugu tidak lagi dituturkan, tetapi terdapat juga usaha mempertahankan budaya masyarakat Tugu dengan terus menggunakan kosa kata bahasa Kreol Tugu dalam upacara menerima tamu pada perayaan Natal, pesta mandi-mandi dan juga diabadikan dalam lagu-lagu keroncong. Justeru kata punah sebenarnya masih kurang tepat kerana dalam kehidupan sosial budaya masyarakatnya masih juga terdapat kosa kata untuk mengungkapkan istilah-istilah dalam pelbagai peristiwa budaya.

Item Type:Article
Keywords:Kreol Portugis; Kreol Tugu; bahasa punah; sosial budaya; Melaka
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:8577
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 May 2015 00:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page