Tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar

Aniza Ahmad, and Zamri Mahamod, (2015) Tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 5 (1). pp. 18-29. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
565kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti sejauh manakah tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) agar pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dapat memenuhi aspirasi yang diharapkan oleh pihak kementerian. Selain itu, kajian ini juga melihat perbandingan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBS berdasarkan jantina, tempat bertugas dan opsyen guru melalui kaedah ujian-t. Satu set soal selidik yang mengandungi 39 soalan telah diedarkan kepada 140 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu di 20 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program Package For The Social Sciences SPSS Version 19.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t bagi menjawab kesemua persoalan kajian. Kajian rintis digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen borang kaji selidik untuk memperoleh nilai alpha (a) Cronbach). Nilai a berada pada tahap sangat tinggi (a=>90) secara keseluruhan bagi setiap item dalam borang kaji selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai kemahiran pada tahap nilai min yang tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dari segi perbandingan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05 antara tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05 dengan faktor jantina, opsyen dan tempat guru mengajar terhadap pelaksanaan PBS. Oleh itu, tahap kemahiran yang tinggi guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat membantu pihak kementerian untuk melaksanakan pentaksiran baharu dalam pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Pentaksiran berasaskan sekolah, kemahiran guru, Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8593
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 02:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page