Analisis modaliti acuan semiotik sosial pertuturan masyarakat seletar

Samsur Rijal Yahya, (2015) Analisis modaliti acuan semiotik sosial pertuturan masyarakat seletar. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 5 (1). pp. 30-43. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
675kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Penyelidikan mengenai bahasa-bahasa Orang Asli di seluruh dunia sebenarnya adalah suatu usaha untuk menyelamatkan bahasa-bahasa ini daripada diancam pupus. Penyelidikan ini akan membincangkan mengenai salah satu bahasa Orang Asli di Malaysia yang diancam pupus. Bahasa itu ialah bahasa yang dituturkan masyarakat Orang Asli Seletar. Bahasa ini dinamakan sempena nama masyarakat ini iaitu bahasa Seletar. Penyelidikan ini mengangkat teori Semioik Sosial bagi membincangkan pertuturan dalam bahasa Seletar. Perbincangan mengenai pertuturan dibuat dengan mengetengahkan teks tertentu yang menurut pandangan Semiotik Sosial merupakan suatu proses sosial yang terjadi dalam in situ kehidupan harian. Seterusnya, teks yang telah dirakam itu, terlebih dahulu ditranskripsikan kemudian barulah dianalisis. Tumpuan analisis difokuskan kepada salah satu sumber semiotik iaitu modaliti. Pembahasan dimulakan dengan mengemukakan beberapa perkara penting mengenai modaliti. Secara asasnya menurut Semiotik Sosial, modaliti dipecahkan kepada dua bahagian iaitu modaliti linguistik dan modaliti visual. Modaliti linguisitik merujuk kepada pertuturan itu sendiri (oral) sedangkan modaliti visual ialah aspek non bahasa (gestural, kenesic dsb.) yang mengiringi pertuturan tersebut. Pada hakikatnya modaliti berlaku secara serentak dan tidak boleh dipisah. Pemisahan yang dianjurkan oleh teori ini hanyalah untuk memudahkan perbincangan. Dapatan penyelidikan ini, membuktikan bahawa (1) penonjolan kuasa itu dapat berlaku secara sedar atau sebaliknya, (2) “kuasa” merupakan realiti, dan, (3) kadang-kadang “kuasa” juga merupakan fantasi. Berdasarkan pembentangan ini, Semiotik Sosial berjaya memberikan kesegaran dalam penyelidikan bahasa yang lazimnya hanya terikat kepada perbincangan mengenai aspek lisan atau disebut juga sebagai le langue. Semiotik Sosial sebaliknya memberikan fokus utama kepada perbincangan mengenai aspek bukan lisan atau disebut juga sebagai le parole.

Item Type:Article
Keywords:pertuturan, bahasa dan masyarakat Seletar, semiotik sosial, wacana, gaya, modaliti
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8594
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 03:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page