Mesej perpaduan dalam buku teks Bahasa Malaysia tingkatan 4 dan 5: analisis terhadap peribahasa Melayu

Mohd Mahzan Awang, and Noor Azam Abdul Rahman, and Noraziah Mohd Amin, and Abdul Razaq Ahmad, (2015) Mesej perpaduan dalam buku teks Bahasa Malaysia tingkatan 4 dan 5: analisis terhadap peribahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 5 (1). pp. 44-52. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
507kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Artikel ini membincangkan tema-tema yang berkaitan perpaduan dalam peribahasa Melayu yang terkandung dalam buku teks tingkatan 4 dan 5. Peribahasa Melayu dianalisis menggunakan teknik bertema yang melibatkan tiga tahap. Pada tahap pertama melibatkan penyenaraian peribahasa yang terkandung dalam kedua-dua buku teks. Pada tahap kedua, pentafsiran makna peribahasa. Akhirnya, pengekodan tema dikenal pasti. Pentafsiran makna dan pengekodan ini dilakukan oleh tiga orang ahli akademik. Ia dilakukan secara bersama dalam mencapai persetujuan bersama tentang maksud dan kesesuaian tema bagi kesemua peribahasa Melayu yang dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema utama iaitu adaptasi sosial, muafakat, jati diri, dan tanggungjawab. Kesemua peribahasa Melayu yang dianalisis memberi penekanan kepada kebersamaan dalam masyarakat termasuklah kepentingan keharmonian kehidupan. Hal ini bererti, pembelajaran peribahasa Melayu bukan sahaja mendidik pelajar tentang ketinggian pemikiran tamadun Melayu malah menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting bagi memupuk perpaduan kaum. Oleh kerana jumlah peribahasa berkaitan perpaduan dalam buku teks Bahasa Malaysia tingkatan 4 dan 5 adalah sedikit, maka dicadangkan agar dibuat penambahan peribahasa dalam buku teks baru pada masa depan. Penggunaan kamus peribahasa Melayu digital pertama juga perlu diberi penekanan dalam penggubalan buku teks baru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:peribahasa Melayu, perpaduan, Bahasa Malaysia
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8595
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 03:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page