Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun

A.Rahman Haron, and Jamaludin Badusah, and Zamri Mahamod, (2015) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 5 (1). pp. 53-60. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
461kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendekatan SALAK DIDIK diperkenalkan bagi melihat keberkesanannya dalam menguji kemahiran menulis karangan oleh murid tahun empat. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di dalam daerah Hulu Langat dan seramai 74 orang murid yang dijadikan sampel kajian. Seramai 34 orang murid kumpulan kawalan diajar dengan kaedah konvensional atau semasa sementara 40 orang murid kumpulan eksperimen diberikan pendedahan dengan pendekatan SALAK DIDIK. Dua elemen didik hibur yang diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid iaitu elemen nyanyian dan elemen pantun. Pengumpulan data ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0.Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel berpasangan untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min elemen nyanyian dan min elemen pantun dalam ujian pra dan ujian pos penulisan karangan. KBAT dengan pendekatan SALAK DIDIK menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min elemen nyanyian dan min elemen pantun antara murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pos.

Item Type:Article
Keywords:Didik hibur, pencapaian, elemen, kemahiran, signifikan.
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8596
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 03:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page