Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti membentuk doh

Noor Aini Ahmad, and Nur Liyana Abd. Latiff, (2015) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti membentuk doh. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 5 (1). pp. 71-80. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
674kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Aktiviti membentuk doh boleh diaplikasikan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran mempelajari kemahiran mengenal huruf. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti menggunakan membentuk doh dapat membantu meningkatkan penguasaan mengenal huruf dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kajian eksperimental kuasi dijalankan terhadap enam orang murid bermasalah pembelajaran yang dipilih secara pensampelan bertujuan di tiga buah sekolah menengah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) di dua buah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Kumpulan kawalan di Sekolah A terdiri daripada dua orang murid (M1 dan M2) manakala rawatan dijalankan di Sekolah B dan Sekolah C. M3 dan M4 di Sekolah B menerima Rawatan 1 menggunakan aktiviti membentuk doh manakala M5 dan M6 di Sekolah C menerima Rawatan 2 menggunakan aktiviti percikan. Alat kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca dan kajian telah dilaksanakan selama tiga bulan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian dalam kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian skor peserta kajian dalam Kumpulan Rawatan 1 (aktiviti menggunakan membentuk doh) di Sekolah B telah meningkat lebih tinggi berbanding pencapaian skor peserta kajian dalam Kumpulan Rawatan 2. M3 memperoleh 33 peratus semasa ujian pra dan meningkat kepada 50 peratus semasa ujian pasca manakala M4 pula menunjukkan peningkatan skor dari 67 peratus kepada 100 peratus. Kajian ini menunjukkan aktiviti menggunakan membentuk doh boleh digunakan untuk mengajar kemahiran mengenal huruf secara lebih mudah. Kajian ini juga mencadangkan supaya modul pengajaran mengenal huruf menggunakan aktiviti membentuk doh dibangunkan bagi membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Item Type:Article
Keywords:murid bermasalah pembelajaran, kemahiran mengenal huruf, aktiviti menggunakan membentuk doh
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8598
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 03:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page