Berian/barian perkahwinan Bajau Kota Belud di Sabah: satu tinjauan dini

Saidatul Nornis Mahali, (2014) Berian/barian perkahwinan Bajau Kota Belud di Sabah: satu tinjauan dini. AKADEMIKA, 84 (3). pp. 3-13. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/569

Abstract

Pemberian/permintaan perkahwinan bukanlah satu perkara baru yang diamalkan malah dalam kebanyakan budaya tradisi di dunia sudah lama mengamalkan budaya sedemikian. Terdapat pelbagai tafsiran diberikan terhadap pemberian/permintaan perkahwinan sama ada bersifat mas kahwin, ganti rugi, douri, pembayaran menggunakan wang ataupun benda. Setiap pemberian/permintaan perkahwinan berkenaan penting untuk dipenuhi agar sesuatu perkahwinan itu boleh dilangsungkan. Selain untuk menyatukan pasangan lelaki dan perempuan, pemberian/ permintaan perkahwinan turut membawa maksud tersirat yang hanya difahami oleh ahli pendukung sesuatu budaya itu. Memandangkan pemberian atau permintaan perkahwinan ini masih tegar diamalkan dalam kalangan orangorang Bajau di daerah Kota Belud, Sabah, maka, kajian ini telah dilaksanakan di tiga buah kampung di daerah berkenaan, iaitu kampung Taun Gusi, kampung Timbang Dayang dan kampung Kulambai. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta, temu bual dengan para responden dan rakaman semasa proses peminangan berlaku. Hasil kajian ini mendapati setiap pemberian atau permintaan perkahwinan itu merupakan satu keutamaan yang perlu disepakati sebelum perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya wujud ketidaksepakatan dalam permintaan berkenaan maka, proses pertunangan dan perkahwinan akan terjejas sekaligus, menyebabkan lahir rasa tidak senang antara dua buah keluarga yang terlibat. Justeru, makalah ini diusahakan untuk mendiskusikan salah satu bentuk pernyataan identiti melalui adat perkahwinan dalam kalangan etnik Bajau khususnya, dalam aspek pemberian/permintaan perkahwinan yang dikenali sebagai berian dalam budaya Bajau.

Item Type:Article
Keywords:Bajau; berian; Kota Belud; adat perkahwinan; identiti Bajau
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8599
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 04:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page