Impak kitaran sosial dalam sumbangan alumni terhadap pendapatan endowmen universiti

Fidlizan Muhammad, and Mohd Yahya Mohd Hussin, and Azila Abdul Razak, and Fatimah Salwa Abdul Hadi, (2014) Impak kitaran sosial dalam sumbangan alumni terhadap pendapatan endowmen universiti. AKADEMIKA, 84 (3). pp. 15-28. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/569

Abstract

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirangka bagi memperkasa pendidikan tinggi negara. Antara perancangan pelan ini adalah memberikan kuasa autonomi kepada pihak universiti untuk menguruskan operasi universiti. Keadaan ini bergantung kepada kemampuan pihak universiti untuk mencapai peruntukan sasaran kementerian bagi menanggung kos operasi mengurus dan membangun universiti. Antara strategi kewangan yang difokuskan dalam pelan ini ialah meningkatkan pendapatan endowmen universiti melalui sumbangan alumni. Walau bagaimanapun, kesanggupan alumni memberikan sumbangan boleh berubah-ubah dan bergantung kepada beberapa faktor. Dalam kajian ini, lima faktor sumbangan alumni telah dianalisis iaitu pengurusan kewangan, personaliti diri, eksternal, pengurusan universiti dan jalinan universiti-komuniti. Faktor-faktor ini turut diinteraksi untuk menghasilkan indikator yang dikenali pemboleh ubah kitaran sosial. Pemboleh ubah kitaran bertujuan mengukur impak perubahan faktor-faktor terhadap nilai sumbangan. Ujian regresi diaplikasi untuk menganalisis faktor-faktor yang dikaji terhadap sumbangan alumni ini. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemboleh ubah kitaran sosial mempengaruhi secara signifikan terhadap pendapatan endowmen universiti antara 3 hingga 4 peratus. Implikasi kajian ini membuktikan saluran sumbangan alumni signifikan untuk diteroka oleh pihak universiti bagi menampung sebahagian defisit peruntukan yang dialami.

Item Type:Article
Keywords:Kesanggupan; sumbangan; alumni; interaksi; regresi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8600
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 04:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page