Impak pemerkasaan teknologi hijau terhadap amalan pengamal perhubungan awam hijau di Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia)

Karmilah Abdullah, and Jamilah Ahmad, (2014) Impak pemerkasaan teknologi hijau terhadap amalan pengamal perhubungan awam hijau di Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia). AKADEMIKA, 84 (3). pp. 29-39. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
263kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/569

Abstract

Masalah alam sekitar seperti pencemaran, perubahan iklim dan sumber bahan yang terhad merupakan isu sejagat yang membimbangkan. Menyedari hal tersebut, Dasar-dasar Teknologi Hijau telah dilancarkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi memperkasakan penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui adakah pemerkasaan teknologi hijau dapat memberi impak dalam amalan perhubungan awam. Selain itu, kajian ini ingin mengenal pasti peranan dan strategi perhubungan awam hijau dalam usaha mempromosikan teknologi hijau. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan wawancara mendalam (in-depth interview). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan pengamal perhubungan awam hijau di Malaysia berperanan sebagai juruteknik komunikasi dan fasilitator komunikasi. Di samping itu, pengamal perhubungan awam hijau turut menerapkan pelbagai strategi perhubungan awam untuk mempromosi namun amalan dan strategi perhubungan awam yang digunakan masih kurang menyeluruh. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati pemerkasaan teknologi hijau di Malaysia kurang memberi impak terhadap amalan perhubungan awam hijau.

Item Type:Article
Keywords:Alam sekitar; perhubungan awam hijau; teknologi hijau; kaedah kualitatif; analisis tematik
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8601
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 04:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page