Menilai kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Malaysia: satu pendekatan analisis penyampulan data

Norbaizura Kamarudin, and Wan Rosmanira Ismail, and Nur Hidayah Abd Kader, (2014) Menilai kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Malaysia: satu pendekatan analisis penyampulan data. Journal of Quality Measurement and Analysis, 10 (2). pp. 1-13. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma10_2a.html

Abstract

Kajian tentang prestasi industri perkhidmatan air telah dijalankan secara meluas dan kebanyakan kajian telah menggunakan model Analisis Penyampulan Data (APD) yang hanya mengukur skor kecekapan. Namun begitu, kajian untuk mengukur keberkesanan dalam industri perkhidmatan air amat jarang dilakukan. Kajian tentang kecekapan dan keberkesanan adalah penting untuk mengukur prestasi keseluruhan bagi sesebuah organisasi. Oleh sebab proses pengeluaran perkhidmatan air boleh dinyatakan sebagai proses dua peringkat, maka, dalam kajian ini, model APD dua peringkat untuk mengukur prestasi perkhidmatan air digunakan. Model ini membolehkan integrasi kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan air serta memberikan penilaian prestasi keseluruhan perkhidmatan air Malaysia. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa servis di kebanyakan daripada 14 buah negeri yang terlibat adalah cekap tetapi hanya empat buah negeri sahaja yang berkesan. Bagaimanapun, terdapat tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi keseluruhannya dengan kecekapan penuh (cekap dan berkesan) dalam menghasilkan dan membekalkan air bersih kepada pengguna.

Item Type:Article
Keywords:analisis penyampulan data; pengukuran prestasi; utiliti air
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:8603
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 06:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page