Pemeringkatan keutamaan syarikat insurans dengan pembuatan keputusan multi-kriterium

Leong, Lee Shin and Noriza Majid, (2014) Pemeringkatan keutamaan syarikat insurans dengan pembuatan keputusan multi-kriterium. Journal of Quality Measurement and Analysis, 10 (2). pp. 33-40. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
440kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma10_2a.html

Abstract

Insurans perubatan dan kesihatan kini menjadi satu keperluan bagi rakyat Malaysia disebabkan oleh kos rawatan dan ubat-ubatan yang semakin meningkat. Kini, terdapat banyak syarikat insurans di pasaran yang mengeluarkan pelbagai jenis polisi insurans perubatan dan kesihatan. Hal ini mengakibatkan pengguna menghadapi masalah dalam membuat keputusan untuk memilih syarikat insurans yang bersesuaian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor demografi yang mendorong pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan semasa memilih syarikat insurans. Soal selidik dijalankan dan ujian Mann Whitney serta Kruskal-Wallis digunakan untuk melihat faktor demografi yang mendorong pengguna memilih syarikat insurans. Kaedah Teknik Keutamaan Tertib Mengikut Persamaan dengan Penyelesaian Ideal (TOPSIS) juga digunakan untuk mengkaji pemeringkatan keutamaan syarikat insurans yang digemari oleh pengguna berdasarkan lima kriterium, iaitu premium, jenis dan nama syarikat, perkhidmatan, pengaruh persekitaran dan kesetiaan jenama. Pada akhir kajian ini, didapati bahawa bangsa dan pekerjaan merupakan antara faktor demografi dikenal pasti yang akan mendorong pengguna membuat keputusan dalam pemilihan syarikat insurans semasa pembelian insurans. Di samping itu, Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah syarikat insurans yang paling digemari oleh pengguna dan diikuti oleh syarikat insurans Great Eastern, Prudential dan AIA. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan oleh operator insurans bagi mengenal pasti kehendak pengguna dan pasaran yang berpotensi untuk ditembusi.

Item Type:Article
Keywords:pembuatan keputusan multi-kriterium; syarikat insurans; pemeringkatan keutamaan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:8605
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2015 07:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page