Farah Hambali, and Choong, Yeun Liong (2014) Penggunaan simulasi arena untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dobi. Journal of Quality Measurement and Analysis, 10 (2). pp. 65-75. ISSN 1823-5670
|
PDF
772kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma10_2a.html
Abstract
Dewasa ini, perkhidmatan dobi semakin mendapat sambutan. Walau bagaimanapun, pengurusan yang lemah akan menyebabkan perkhidmatan menjadi kurang cekap. Tambahan pula, usahawan perniagaan kecil sering menghadapi masalah dari segi kewangan untuk melakukan penambahbaikan dalam perniagaan mereka. Oleh itu dalam penyelidikan ini, sistem simulasi untuk membantu dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan dobi telah dicadangkan. Tumpuan adalah kepada operasi kedai dobi tradisional yang melibatkan proses mengambil tempahan, mencuci, mengering, melipat dan menyeterika. Kajian ini dilakukan menggunakan teknik simulasi yang merupakan satu kaedah penyelesaian masalah yang menganalisis telatah sistem dan kesan cadangan “bagaimana-jika” ke atas sistem sebenar. Keseluruhan sistem pengoperasian ini digambarkan dengan model simulasi bagi membolehkan sistem sebenar dikaji dan dianalisis. Pengumpulan data telah dilakukan melalui pencerapan dan temu bual di tempat kajian. Perisian Arena digunakan untuk merangka, membangunkan dan melaksanakan model simulasi. Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai operasi kedai dobi ini, animasi model simulasi turut dibangunkan. Seterusnya, hasil keputusan dianalisis bagi mengenal pasti sebarang masalah yang wujud dan mencadangkan penambahbaikan. Analisis hasil larian model simulasi asal dirumuskan mengikut beberapa atribut seperti purata tempoh masa menunggu, purata tempoh perkhidmatan, purata tempoh masa keseluruhan, jumlah tempahan yang keluar dan masuk untuk setiap proses; dan perancangan penggunaan tenaga kerja bagi setiap sumber. Tiga buah model simulasi penambahbaikan kemudiannya dicadangkan bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti. Analisis ke atas hasil kajian menunjukkan model simulasi penambahbaikan 1 (MP1) merupakan model simulasi penambahbaikan terbaik. Model simulasi ini melibatkan tambahan sebuah mesin basuh dan mengurangkan masa proses menyeterika dan proses melipat masingmasing kepada 4 minit dan 1.5 minit untuk setiap helai pakaian. Model alternatif ini mampu mengurangkan masalah dalam sistem pengoperasian kedai dobi dan seterusnya meningkatkan prestasi keseluruhan perkhidmatan dobi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | simulasi Arena; perkhidmatan dobi; tradisional; penambahbaikan; prestasi |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 8608 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 May 2015 07:32 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page