Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih

Shamsiah Md Nasir, and Nor'Azah Ahmad Safran, (2014) Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Personalia Pelajar (17). pp. 1-8. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
39kB

Official URL: http://www.ukm.my/pap/?page_id=265

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Sejumlah 306 orang guru pelatih terlibat dalam kajian ini .Analisis data menunjukkan tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih perempuan adalah tinggi berbanding guru pelatih lelaki, manakala tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih program KPLI adalah tinggi berbanding guru pelatih program PISMP. Dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih pengkhususan Matematik mempunyai tahap ciri keusahawanan yang tinggi. Namun responden yang dikaji didapati kurang yakin untuk mengambil risiko dan kurang lokus kawalan dalaman.Tahap ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dalam setiap guru adalah penting bagi memenuhi kehendak pelanggan (ibubapa dan masyarakat) dalam menghasilkan produk (murid) yang dihasrat oleh FPK. Mereka akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat merangsang pembelajaran murid.

Item Type:Article
Keywords:Ciri-ciri keusahawanan, guru pelatih, kreatif, inovatif.
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:8613
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2015 03:55
Last Modified:29 May 2015 02:13

Repository Staff Only: item control page