Norhiza Mohd Salleh, and Faridah Nazir, and Farah Mukhtar, (2014) Pemupukan kemahiran insaniah melalui Kursus Bina Insan Guru dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru. Jurnal Personalia Pelajar (17). pp. 9-17. ISSN 0128-2735
Microsoft Word
45kB |
Official URL: http://www.ukm.my/pap/?page_id=265
Abstract
Kertas konsep ini membincangkan strategi pemupukan pelbagai kemahiran insaniah melalui program BIG di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menjadi medium untuk melahirkan seorang bakal guru yang benar-benar komited, cemerlang dan serba boleh apabila berkhidmat sebagai guru kelak. Siswa guru kesemua opsyen di IPG perlu mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) berdasarkan semester tertentu untuk enam tahap. Program BIG melibatkan ativiti perkhemahan, keyakinan diri ketika melakukan aktiviti air, keyakinan diri dalam melakukan aktiviti kembara, membina jaringan hubungan sosial yang baik serta penerapan nilai-nilai murni menerusi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Antara lain, kemahiran insaniah yang dipupuk melalui program BIG ini ialah cergas dan patriotik dalam fasa pertama, akauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif dalam fasa kedua, etiket sosial, protokol, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, etika berpakaian dalam fasa ketiga, kemahiran berfikir aras tinggi ketika membuat perancangan dan pengendalian dalam fasa keempat, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah dalam fasa kelima dan meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan dalam fasa keenam. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dengan kaedah pengumpulan data dilakukan secara analisis kandungan dan permerhatian ikut serta. Pengumpulan data secara analisis kandungan dilakukan dengan menganalisis dokumen Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG, manakala secara pemerhatian ikut serta pengkaji menyertai dan memerhati kegiatan yang dijalankan oleh siswa guru PISMP di IPG. Hasil pemerhatian atau kajian utama memaparkan keberkesanan program BIG yang dilaksanakan dalam memupuk kemahiran insaniah dalam diri siswa guru di IPG.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran insaniah, program bina insan guru, siswa guru, dokumen panduan PISMP, profesionalisme kendiri |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 8614 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 26 May 2015 03:59 |
Last Modified: | 29 May 2015 02:15 |
Repository Staff Only: item control page