Merapatkan jurang literasi murid-murid Orang Asli: apa cabarannya?

Nazariyah Sani, (2014) Merapatkan jurang literasi murid-murid Orang Asli: apa cabarannya? Jurnal Personalia Pelajar (17). pp. 19-30. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
41kB

Official URL: http://www.ukm.my/pap/?page_id=265

Abstract

Program LINUS merupakan sebuah program yang diimplementasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang termaktub dibawah mandat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada tahun 2010 yang bermatlamat memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Artikel ini merupakan satu laporan kajian di sekolah yang mempunyai ramai murid-murid Orang Asli dibawah tadbiran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Langat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan memahami apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru literasi khususnya bagi mengajar rnurid-murid Orang Ash. Data kajian dikumpul menerusi tiga (3) pendekatan iaitu kaedah temubual mendalam, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menangani murid-murid LINUS Orang Asli. Oleh itu, kajian ini mengemukakan cadangan kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk menyediakan guru-guru pakar bagi menangani murid-murid LINUS di sekolah yang terdapat murid-murid Asli, menyediakan modul yang lebih bersesuaian dengan murid Orang Asli yakni modul yang dapat membantu guru, menganjurkan bengkel untuk ibu bapa murid-murid Orang Asli agar mereka dapat membantu anak-anak mereka semasa dirumah serta menyediakan peruntukan kewangan yang khusus untuk Program LINUS.

Item Type:Article
Keywords:Literasi, murid-murid Orang Asli, Program LINUS, cabaran
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:8615
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2015 04:04
Last Modified:29 May 2015 02:17

Repository Staff Only: item control page