Peranan mentor dalam Program Bina Insan Guru

Ismail Mohamed, and Soaib Asimiran, and Shamsudin Ahmad, and Shafee Mohd Daud, (2014) Peranan mentor dalam Program Bina Insan Guru. Jurnal Personalia Pelajar (17). pp. 31-40. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
42kB

Official URL: http://www.ukm.my/pap/?page_id=265

Abstract

Menghasilkan guru yang mempunyai sahsiah yang unggul adalah merupakan hasrat yang terus dipertahankan dalam kurikulum pendidikan guru Malaysia. Kajian ini meneroka peranan yang harus dimainkan oleh mentor pelajar dalam program Bina Insan Guru yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia berdasarkan pengalaman pemegang taruhnya. Kajian kualitatif dijalankan ke atas 13 orang responden yang merupakan pemegang taruh program ini yang terdiri daripada pembuat dasar, jurulatih, fasilitator, mentor, komandan kerana penyelaras, ketua jabatan, dan juga bekas pelajar program. Analisis juga dijalankan ke atas dokumen-dokumen berkaitan dengan program ini seperti modul-modul pelaksanaan, proforma, dan panduan pentaksiran program. Terdapat lima peranan utama mentor muncul sebagai tema penting hasil kajian ini iaitu menjadi fasilitator program, melaksanakan pentaksiran pelajar, memberi maklum balas dan bimbingan, membina hubungan, dan membimbing pelajar melaksanakan refleksi. Peranan paling penting ialah membimbing pelajar melaksanakan refleksi kerana jika pelajar tidak membuat refleksi, kesedaran tidak akan timbul dan natijahnya matlamat program tidak tercapai.

Item Type:Article
Keywords:pendidikan guru, pembinaan sahsiah, mentor, refleksi, bina insan guru
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:8616
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2015 04:16
Last Modified:29 May 2015 02:22

Repository Staff Only: item control page