Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred

Zamri Mahamod, and Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff , and Mohamed Amin Embi, and Jamaludin Badusah, and Sharala a/p Subramaniam, (2014) Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred. Jurnal Personalia Pelajar (17). pp. 75-81. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
38kB

Official URL: http://www.ukm.my/pap/?page_id=265

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 500 orang pelajar warganegara asing yang sedang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Instrumen soal selidik telah digunakan dalam pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pembelaj aran bahasa berdasarkan kemahiran bahasa dan gred banyak mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Pelajar warganegara asing yang memperoleh gred Bahasa Melayu yang cemerlang banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa, terutamanya dalam kemahiran bertutur dan membaca Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah kemahiran bahasa yang baik banyak mempengaruhi pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing.

Item Type:Article
Keywords:pelajar warganegara asing, strategi pembelajaran bahasa, gred Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:8620
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2015 07:55
Last Modified:29 May 2015 03:30

Repository Staff Only: item control page