Penglibatan komuniti kampus di Universiti Sains Malaysia terhadap sistem kitar semula satu aliran

Muhamad Azahar Abas, and Norizan Md Nor, (2014) Penglibatan komuniti kampus di Universiti Sains Malaysia terhadap sistem kitar semula satu aliran. Jurnal Personalia Pelajar (17). pp. 83-95. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
41kB

Official URL: http://www.ukm.my/pap/?page_id=265

Abstract

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan antara institusi pengajian tinggi di Malaysia yang terawal melancarkan program dan aktiviti berkaitan penjagaan alam sekitar dan pembangunan lestari. Komuniti kampus yang terdiri daripada golongan staf dan pelajar telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti kelestarian yang telah dijalankan. Kitar semula merupakan program kelestarian kampus yang dilaksanakan di USM. Namun, program kitar semula yang dilaksanakan dianggap bermusim ataupun sementara kerana sistem kitar semula yang dilaksanakan di dalam kampus tidak efektif. Oleh itu, kajian ini meneroka sistem kitar semula satu aliran sebagai pendekatan alternatif kepada sistem kitar semula pelbagai aliran di Universiti Sains Malaysia dari segi tahap penglibatan komuniti di kawasan kajian terhadap sistem kitar semula satu aliran dan mengenal pasti cabaran pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran di kawasan kajian. Pendekatan kajian yang digunakan adalah kajian lapangan dan kajian kes. Seramai 120 responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis dan persampelan kuota. Dalam kajian ini, data diperolehi menerusi soal selidik, pemerhatian ikut serta dan kajian lapangan. Penemuan kajian menunjukkan tahap penglibatan komuniti kampus terhadap sistem kitar semula adalah sederhana. Namun, keberkesanan sistem kitar semula satu aliran yang dilaksanakan menunjukkan kesan yang positif berdasarkan kutipan barangan kitar semula yang meningkat setiap minggu. Selain itu, cabaran pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran dikenal pasti untuk penambah baik program kitar semula pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:sistem kitar semula, satu aliran/satu tong, komuniti kampus, kelestarian, pengurusan sisa pepejal
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:8621
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2015 08:02
Last Modified:29 May 2015 03:31

Repository Staff Only: item control page