Kesedaran terhadap peluang melanjutkan pengajian ke Institut Latihan Vokasinal (ILV) dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di Negeri Johor

Noorazman Abd. Samad, and Razali Hassan, and Hairudin Harun, and Daziemah Daud, and Azman Hassan, (2014) Kesedaran terhadap peluang melanjutkan pengajian ke Institut Latihan Vokasinal (ILV) dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di Negeri Johor. Jurnal Personalia Pelajar (17). pp. 109-115. ISSN 0128-2735

[img] Microsoft Word
42kB

Official URL: http://www.ukm.my/pap/?page_id=265

Abstract

Di Malaysia, terdapat banyak Institut Latihan Voksional (ILV) telah dibangunkan untuk memberi peluang kepada pelajar terutamanya pelajar jurusan vokasional agar mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Namun begitu, enrolmen pelajar ke ILV didapati kurang memuaskan. Justeru, kajian tentang tahap kesedaran dalam kalangan pelajar di SMV terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV perlu dilakukan. Dalam kajian ini seramai 329 orang pelajar Tingkatan 4 aliran vokasional dan 202 orang pelajar Tingkatan 4 aliran kemahiran di tiga buah Sekolah Menengah Vokasional iaitu di Batu Pahat, Muar dan Kluang telah dipilih secara rawak. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis deskriptif dan inferensi telah menggunakan perisian Statistic Package of Social Science (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan tentang tahap kesedaran terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV di mana Hnoll ditolak. Pandangan responden Tingkatan 4 aliran vokasional terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV adalah sederhana dengan nilai pekali kolerasi 0.61 dan signifikan (p) pada aras 0.00. Walau bagaimanapun, hubungan antara faktor dominan dengan tahap kesedaran bagi pelajar Tingkatan 4 aliran kemahiran terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV tidak dapat disimpulkan kerana mempunyai hubungan yang sangat lemah iaitu dengan nilai pekali kolerasi 0.13. Didapati pelajar tingkatan 4 aliran vokasional mempunyai pandangan yang positif terhadap masa depan mereka untuk menyambung pelajaran di ILV atau mana-mana pusat pengajian tinggi manakala pelajar dari aliran kemahiran melihat peluang mereka melanjutkan pelajaran adalah sangat tipis dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang pekerjaan selepas tamat latihan.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran,vokasional, kesedaran, peluang, politeknik.
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:8623
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2015 08:14
Last Modified:26 May 2015 08:14

Repository Staff Only: item control page