Acne Disability, Self Management and Help-Seeking Behaviour among Medical Students

LEELAVATHI M., and TAN, HC. and PUAH JWD., and APIPI M., and SOHAMI AE., and MAHAT NF., (2015) Acne Disability, Self Management and Help-Seeking Behaviour among Medical Students. Medicine & Health, vol.10 (1). pp. 1-9. ISSN 1823-2140

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: www.medicineandhealth.com

Abstract

Jerawat merupakan masaalah kulit yang dapat menjejaskan penampilan peribadi dan mengugat kualiti hidup seseorang. Satu kajian keratan rentas di kalangan pelajar-pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia telah dijalankan selama 12 bulan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak jerawat pada kualiti hidup, pengurusan diri dan cara-cara mengatasi masalah jerawat yang diamalkan oleh pelajar perubatan. Seramai 361 pelajar telah dipilih dengan menggunakan kaedah kluster berstrata persampelan rawak. Masalah jerawat telah digredkan dengan menggunakan Comprehensive Acne Severity Score (CASS), manakala impak jerawat pada kualiti hidup diukur dengan menggunakan Cardiff Acne Disability Index (CADI). Kaedah mengatasi masalah dan mendapatkan bantuan untuk masaalah jerawat diukur dengan menggunakan Acne Management Questionnaire. Purata markah CADI adalah 3.35 + 2.39, dengan impak yang rendah (83.8%, n=206) dan sederhana (14.6%, n=36) pada kualiti hidup. Pelajar perempuan dan pelajar dari kumpulan etnik bukan Melayu menunjukkan kadar impak kualiti hidup yang lebih tinggi (3.76 + 2.24, p=0.006 dan 3.79 + 2.59, p=0.018). Walaupun majoriti pelajar (87.4%, n=215) tahu bahawa jerawat boleh dirawat, mereka lebih gemar membincangkan masalah jerawat mereka dengan rakan-rakan (54.1%, n=133) daripada berunding dengan doktor (9.3%, n=23). Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar memiliki jerawat gred yang rendah dan impak pada kualiti hidup adalah ringan. Walau bagaimanapun, usaha perlu ditingkatkan untuk menambahkan pengetahuan mereka mengenai pengurusan masalah jerawat dan membantu mengubah cara penelesaian masaalah kesihatan mereka. Langkah ini dapat membantu mengurangkan komplikasi akibat jerawat seperti parut, yang boleh menjejaskan kualiti hidup golongan bakal doktor ini.

Item Type:Article
Keywords:jerawat, kualiti hidup, pelajar perubatan, pengurusan diri
Journal:Medicine & Health
ID Code:8669
Deposited By: Mr. Muhammad Wafi -
Deposited On:11 Jun 2015 02:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page