Comparison of Immunohistochemical Markers in Core Needle Biopsy and Excisional Biopsy in Breast Carcinoma

ALFATIH P., and MUNIRAH MI., and AINAEN M., and WENDA L., and SHARIFA EZZAT WP., and REENA RAHAYU MZ., (2015) Comparison of Immunohistochemical Markers in Core Needle Biopsy and Excisional Biopsy in Breast Carcinoma. Medicine & Health, vol.10 (1). pp. 10-16. ISSN 1823-2140

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: www.medicineandhealth.com

Abstract

Reseptor estrogen (ER), reseptor progesterone (PR) dan reseptor faktor ketumbuhan epidermal manusia 2 (HER2) immunohistokimia adalah penanda penting dan berperanan di dalam pengurusan pesakit yang menghidap neoplastik payudara. Di dalam kajian ini, kami membandingkan kadar konkordan ER, PR, dan HER2 diantara biopsi jarum teras dan biopsi eksais pada tisu neoplastik payudara melibatkan pesakit pesakit Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang di diagnosa diantara bulan Januari 2002 sehingga Disember 2012. Seramai 93 pesakit wanita yang menjalani biopsi jarum teras dan kemudiannya biopsi eksais termasuk di dalam kajian retrospektif ini. Kajian immunohistokimia telah digunakan untuk menentukan pewarnaan ER, PR dan HER2. Pewarnaan ER dan PR telah dianalisa menggunakan skor Allred (0 hingga 8) manakala analisa pewarnaan HER2 menggunakan sistem skor 0 hingga 3+. Skor keputusan dibanding antara kedua biopsy tersebut untuk menentukan kadar konkordan. Sebanyak 93 sampel berjaya dibandingkan diantara kedua biopsi tersebut untuk pewarnaan immunohistokimia ER dan PR. Kadar konkordan ER adalah sebanyak 80 kes (86%) dan 13 kes (14%) bagi yang tidak konkordan. Kadar konkordan PR adalah sebanyak 82 kes (88.2%) dan 11 kes (11.8%) bagi yang tidak konkordan. Sebanyak 87 sampel telah dibandingkan untuk kajian pewarnaan immunohistokima HER2 dan kadar konkordan adalah sebanyak 62 kes (71.3%) dan 25 kes (28.7%) bagi yang tidak konkordan. Di dalam kajian ini, kadar konkordan diantara biopsi tisu jarum teras dan biopsi eksais bagi ER dan PR adalah tinggi. Manakala, kadar konkordan untuk pewarnaan HER2 adalah kurang konsisten. Kesimpulannya, analisa immunohistokimia untuk biopsi tisu jarum teras dapat meramal keputusan penanda pada tisu biopsy eksais di dalam penyakit neoplastik payudara.

Item Type:Article
Keywords:neoplastik payudara, biopsi tisu jarum teras, reseptor estrogen, reseptor progesterone, HER2
Journal:Medicine & Health
ID Code:8670
Deposited By: Mr. Muhammad Wafi -
Deposited On:11 Jun 2015 02:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page