Cerapan mikroskopi dan analisis sitometri Streptococcus mutans yang ditindakkan dengan ekstrak batang Melastoma malabathricum L.

Rohazila, M.H. and Nazlina, I. and Yaacob, W.A. (2014) Cerapan mikroskopi dan analisis sitometri Streptococcus mutans yang ditindakkan dengan ekstrak batang Melastoma malabathricum L. Malaysian Applied Biology, 43 (2). pp. 41-47. ISSN 0126-8643

[img]
Preview
PDF
698kB

Official URL: http://mabjournal.com/index.php?option=com_content...

Abstract

Streptococcus mutans adalah bakteria yang terawal membentuk karies gigi pada manusia. Tujuan kajian ini adalah menentukan kesan ekstrak aseton batang Melastoma malabathricum terhadap S. mutans melalui cerapan mikroskopik dan pengambilan pewarna pendarfluor. Pengekstrakan bahagian batang M. malabathricum dengan menggunakan pelarut aseton menghasilkan 0.5 gram ekstrak aseton. Aktiviti anti-bakteria yang ditentukan melalui asai sebaran cakera menunjukkan ekstrak batang pada kepekatan 30 mg/mL merencat pertumbuhan bakteria dengan saiz diameter 15 mm. Kesan tindakan ekstrak terhadap S. mutans diperhatikan melalui cerapan mikroskopi menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM) dan mikroskop elektron transmisi (TEM). Hasil daripada cerapan mikroskopik menunjukkan bahawa ekstrak batang senduduk merosakkan bentuk asal sel dengan memecahkan permukaan dan dindingnya serta menyebabkan sitoplasma terkeluar. Asai pengambilan pewarna pendarfluor propidium iodida (PI) ke dalam sel yang dicerap melalui sitometri aliran menunjukkan berlaku kemasukan PI ke dalam sel yang dirawat dengan ekstrak. Pengambilan propidium iodida pada sel terawat mengesahkan berlaku gangguan pada ketelapan struktur membran sel. Berdasarkan pengamatan mikroskopi dan analisis sitometri dapat disimpulkan bahawa ekstrak aseton batang Melastoma malabathricum bertindak sebagai bahan antibakteria melalui kerosakan pada dinding sel serta mengganggu ketelapan struktur membran.

Item Type:Article
Keywords:Cerapan mikroskopi, analisis sitometri, Streptococcus mutans dan Melastoma malabathricum
Journal:Malaysian Applied Biology Journal
ID Code:8678
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2015 03:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page