Sokongan sosial dan keceriaan: tinjauan awal di Institusi Pengajian Tinggi

Nor Ba’yah Abdul Kadir, and Asmawati Desa, (2004) Sokongan sosial dan keceriaan: tinjauan awal di Institusi Pengajian Tinggi. e-BANGI, 3 (3). p. 12. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
114kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/papers/2004/norbaiyah04....

Abstract

Keceriaan individu digambarkan melalui bahasa tubuh badan serta ekspresi wajah. Ia juga dinilai berdasarkan penilaian individu terhadap kepuasan hidupnya. Oleh yang demikian, kajian ini cuba meneroka faktor psikososial berhubungan dengan keceriaan di kalangan para pelajar prasiswazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta pada April-Jun 2004. Dengan menggunakan teknik temubual bersemuka, seramai 750 para pelajar prasiswazah telah bersetuju menjawab 154 item yang dibina oleh Edward Diener (2001) dengan beberapa penambahan item yang mengukur konsep-konsep kesejahteraan, kegembiraan, dan keceriaan. Bagi tujuan kertas kerja ini, hanya item-item yang berkaitan dengan keceriaan, kepuasan hidup, afektiviti, dan kesejahteraan subjektif dianalisis. Analisis korelasi yang digunakan menunjukkan bahawa sokongan sosial turut berhubungan terhadap keceriaan para pelajar prasiswazah. Begitu juga kesejahteraan adalah berhubung secara signifikan dengan kepuasan hidup. Sementara itu, afek positif turut berkorelasi secara positif dengan keceriaan. Keputusan kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju bahawa pensyarah (rangkaian sosial) memainkan peranan penting dalam meningkatkan keceriaan mereka ketika di dalam kelas-kelas tutorial dan kuliah. Kumpulan fokus berpendapat bahawa sikap terbuka pensyarah menerima idea dan pendapat mereka menambahkan kepuasan dalam aspek pembelajaran.

Item Type:Article
Keywords:Emosi; keceriaan; kegembiraan; kepuasan hidup; kesejahteraan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:868
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:15 Apr 2011 07:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page