NORFAZILAH A., and HAFIZAH Z., and SITI ZUBAIDAH, and AZMAWATI MN., (2015) Poor Peer Support as a Predictive Factor towards Depression among Adolescent. Medicine & Health, 10 (1). pp. 48-57. ISSN 1823-2140
|
PDF
357kB |
Official URL: www.medicineandhealth.com
Abstract
Kebelakangan ini, tanda-tanda kemurungan dalam kalangan remaja semakin meningkat. Kajian ini dijalankan untuk menentukan prevalens kemurungan dan faktor-faktor ramalan. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan 191 remaja yang terpilih secara rawak dan terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah di negeri Selangor, Malaysia. Satu soal selidik yang terdiri daripada enam bahagian (A) demografi, (B) tahap kemurungan, (C) hubungan keluarga, (D) tahap sokongan rakan sebaya, (E) harga diri, dan (F) pencapaian akademik telah diedarkan. Prevalen kemurungan adalah 50.3%. Analisis regresi logistik mendapati, remaja yang mempunyai masalah dengan rakan-rakan adalah lebih cenderung untuk mengalami kemurungan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan mereka (aOR 2.84, 95% CI 1.50, 5.36). Kajian selanjutnya perlu meneliti faktor-faktor lain seperti tekanan daripada guru-guru untuk mengukuhkan pemahaman kita mengenai kemurungan di kalangan remaja. Diharapkan hasil kajian ini berguna kepada pelbagai pihak yang mengambil berat tentang masalah ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kemurungan, remaja, sokongan rakan sebaya |
Journal: | Medicine & Health |
ID Code: | 8696 |
Deposited By: | Mr. Muhammad Wafi - |
Deposited On: | 11 Jun 2015 07:32 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page