The Effectiveness of Music Therapy for Post-Operative Pain Control among Total Knee Replacement Patients

SANTHNA LP., and NORHAMDAN MY., and DAMRUDI M., (2015) The Effectiveness of Music Therapy for Post-Operative Pain Control among Total Knee Replacement Patients. Medicine & Health, 10 (1). pp. 66-79. ISSN 1823-2140

[img]
Preview
PDF
613kB

Official URL: www.medicineandhealth.com

Abstract

Sakit adalah sensasi yang tidak menyenangkan dan boleh menyebabkan masalah fizikal dan psikologi untuk pesakit. Walaupun intervensi secara farmakologi digunakan untuk mengurangkan kesakitan, ia masih kekal sebagai salah satu isu selepas pembedahan. Penggunaan terapi muzik sebagai intervensi bukan farmakologi boleh memberikan kesan terhadap kesakitan selepas pembedahan dan keperluan sakit untuk mendapatkan analgesik. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan terapi muzik terhadap kesakitan selepas Pembedahan Elektif Penggantian Lutut secara total. Kajian ini membandingkan penggunaan analagesik selepas pembedahan oleh pesakit dalam dua kumpulan. Kajian ini juga mendedahkan kesan terapi muzik terhadap kumpulan etnik yang berbeza. Kajian berbentuk kuasi-experimental dengan persempalan berkemudahan mengambil pesakit berumur 49-76 yang telah menjalani pembedahan penggantian lutut secara keseluruhan di PPUKM dari Mei sehingga Disember 2012. Sebanyak 40 pesakit dipilih secara rawak dalam salah satu daripada dua kumpulan dengan mengunakan teknik sampul surat tertutup. Kumpulan eksperimen telah mendengar muzik selama lima hari selapas pembedahan dan diberi analgesik serta kumpulan kawalan hanya menggunakan intervensi farmakologi sahaja. Skor kesakitan telah diukur dengan mengunakan soal selidik kesakitan McGill bentuk ringkas pada waktu rehat di katil pada hari pertama, ketiga dan kelima selepas pembedahan. Analisis (Mann-Whitney) menunjukkan kumpulan eksperimen mengalami kesakitan yang berkurangan pada hari pertama dan kelima berbanding kumpulan kawalan pada tahap 0.05 menggunakan PRI, VAS dan PPI. Analisis (Friedman) menunjukkan sampel dalam kumpulan mengalami penurunan kesakitan ketara dari masa ke masa pada tahap 0.05 menggunakan PRI, VAS dan PPI. Analisis (Mann-Whitney) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam menggunakan analgesik dalam milligram antara dua kumpulan ini dalam tempoh lima hari selepas pembedahan namun min menunjukkan kumpulan eksperimen menggunakan kurang analgesik berbanding kumpulan kawalan. Analisis (Krusl-Wallis) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam kesan terapi muzik selepas pembedahan antara kaum (Melayu, Cina dan India) menggunakan VAS. Terapi muzik merupakan intervensi yang berkesan ringkas mudah, dipadah, selamat, murah dan efektif untuk pengurusan kesakitan selepas pembedahan. Gabungan intervensi bukan farmakologi dan analgesik boleh mengurangkan kesakitan lebih daripada hanya menggunakan intervensi farmakologi sahaja. Pengurusan kesakitan adalah satu peranan penting dalam kejururawatan dan jururawat boleh menggunakan terapi muzik sebagai intervensi secara langsung dalam mengurangkan kesakitan pesakit.

Item Type:Article
Keywords:pengurusan sakit, terapi music, pembedahan penggantian lutut, intervensi bukan farmakologi, jururawat
Journal:Medicine & Health
ID Code:8698
Deposited By: Mr. Muhammad Wafi -
Deposited On:11 Jun 2015 07:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page