Pencirian dan aktiviti antibakteria endofit Streptomyces sp. dari Hutan Simpan Penyelidikan UKM Bangi

Zin, N.M. and Nur-Faizah, A.B. and Aishah, I. and Baba, M.S. and Sidik, N.M. (2015) Pencirian dan aktiviti antibakteria endofit Streptomyces sp. dari Hutan Simpan Penyelidikan UKM Bangi. Malaysian Applied Biology, 44 (1). pp. 107-114. ISSN 0126-8643

[img]
Preview
PDF
263kB

Official URL: http://www.mabjournal.com/index.php?option=com_con...

Abstract

Endofit yang bersimbiosis dengan tumbuhan merupakan mikroorganisma yang terdapat dalam satu sistem jaringan tumbuhan seperti pada akar, daun, batang atau ranting. Ianya dapat menghasilkan metabolit sekunder yang berpotensi untuk digunakan dalam bidang kesihatan sebagai sumber penghasilan antibiotik. Kajian ini bertujuan memencilkan endofit Streptomyces sp. daripada pelbagai tumbuhan ubatan endemik. Kesemua pencilan telah dikenalpasti melalui pemerhatian secara makroskopik dan mikroskopik. Sebanyak 28 pencilan (32%) yang bercirikan Streptomyces sp. telah berjaya dipencilkan menggunakan media pemencil ISP2. Kesemua pencilan adalah bergram positif, mempunyai filamen bercabang serta berbau tanah yang merupakan ciri penting Streptomyces sp. Daripada pemerhatian secara makroskopik, didapati kebanyakan koloni yang terbentuk mempunyai permukaan yang tidak rata serta bersifat kering berkapur. Warna miselium udara pencilan adalah berbeza iaitu kelabu, putih kuning, putih serta hijau kelabu. Selain itu, warna miselium substrat ialah putih kuning, coklat, jingga tua, hijau zaitun dan kelabu muda. Amat menarik kerana terdapat beberapa pencilan yang berbeza cirinya telah dipencilkan daripada pokok yang sama. Selain dari itu, terdapat beberapa pencilan yang mempunyai aktiviti antibakteria yang memberikan perencatan 100% terhadap bakteria ujian.

Item Type:Article
Keywords:Endofit, Streptomyces, antimikrob
Journal:Malaysian Applied Biology Journal
ID Code:8716
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2015 04:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page